minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SYABAS !! CIK SITI

Selamat Hari raya saya ucapkan kepada cik siti.

Selamat Hari raya kepada webmaster.

Selamat Hari raya kepada semua netters dan surfers.

 

Syabas kerana Cik Siti dari Pahang ini cukup peka dan amat berterus-terang meluahkan apa yang terbuku di hati. Cik Siti cukup berani menghentam walau pun Sultan Pahang demi maruah rakyat Pahang. Rakyat Pahang memang terbilang dengan kepahlawanannya di suatu masa yang silam tetapi sayang jasa dan pengorbanan mereka itu telah dicemari oleh generasi kini, yang diketuai oleh Adnan dan Khalil.

Saya juga yakin sekiranya Tok Gajah dan Mat Kilau masih ada, sudah tentu mereka yang menjadi pengkhianat ini akan disasarkan kepala mereka akan tombak dan keris pahlawan ini. Hatta Sultan Pahang sekali pun yang dikira pengkhianat rakyat akan ditebas kepalanya. tetapi walau pun Sultan Pahang sudah menjual maruah kepada Mahathir lantaran kekalahan judi namun Sultan Kelantan lagi tak bermaruah dan bertel*r.

Suatu ketika dulu semasa Semangat 46 masih hidup dan berdampingan dengan PAS di Kelantan, Sultan dan Raja Perempuan Kelantan bukan main lagi menyokong pakatan ini dan sanggup pula sama-sama berkempen ke hulu ke hilir. Sultan dan Raja Perempuan ini cukup anti UMNO baru dan Mahathir. Oleh kerana sokongan Perpaduan Ummahlah Sultan Kelantan terselamat dari pindaan perlembagaan negeri. Tetapi yang malangnya apabila kuasa Sultan Kelantan tidak dipinda rupanya Sultan ini mengambil kesempatan menjadi penyangak pula dan telah menjadi penyembah Mahathir.

Walau bagaimanapun rakyat Kelantan faham, Sultan ini bukannya bersekolah, boleh membaca pun sudah dikira bernasib baik. Memang tidak berupaya berfikir, Tengku Anislah tukang fikirnya kerana sekurang-kurangnya ada juga MCE. Itu pun mungkin sijil diboli kata orang NS. Mereka berdua ini sedang sibuk mengumpul harta. Tidak kiralah yang mengikut undang-undang atau pun tidak. Contoh yang ketara adalah bangunan Kota Mutiara. belum pun siap dah dibuka oleh Billion Supermarket kroninya. Walau pun berbahaya kepada orang-ramai Billion tetap dibuka asalkan mereka ini dapat untung.

di Kg. Banggol, Jalan PCB, rumah-rumah penghuni yang menduduki tanah Majlis Agama telah dirobohkan di waktu maghrib tanpa pampasan walau se sen pun. rumah sementara juga tidak diberikan. Kawasan ini dibersihkan kononnya untuk dibangunkan Kolej Jaipetra, tetapi sehingga kini, kawasan itu telah hampir menjadi belantara. Memang zalim dan memang setaraf dengan Mamak tua itu.

Kisah ini saya paparkan kerana perjalanan peristiwanya adalah sama dengan Suhaimi yang Cik Siti ceritakan. Dulu bukan main beriya-iya mengutuk dan membenci si mamak tua itu, sekarang pula beriya-iya menjilat bontot si mamak itu pula. memang mereka hubbuddunya sehingga hilang prinsip.

Dulu saya pernah berkata kepada kawan-kawan yang bersimpati kepada raja-raja akibat dari pindaan perlembagaan oleh Mahathir dan raja telah kehilangan kuasa. walau bagaimanapun saya katakan kepada kawan saya ialah " Mahathir hanya membuang kuasa raja, kalau aku yang jadi Mahathir akan ku buang dengan raja-raja sekali, biar tinggal YDP Agong seorang saja, biarlah mereka (bekas-bekas raja) menunggu giliran masing-masing untuk menjadi Agong setiap lima tahun seorang". Sementara mereka menunggu giliran menjadi Agong, Kerajaan Negeri bagilah elaun sara hidup yang seadanya kepada mereka ini dan jangan diberikan ruang untuk mengganggu pentadbiran.

Kalau mereka nak kaya, bekerjalah sendiri tanpa hak-hak istimewa sebagaimana mereka miliki sekarang.

sekian.

Kakitangan kerajaan.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter